contoh kraftangan buatan malaysia |
Masyarakat Malaysia juga kaya dengan seni ukir dan kraftangan. Kebanyakan seni ukir ini bermotifkan alam semula jadi. Hasil seni ukir ini dapat kita lihat di rumah tradisional masyarakat Melayu, di kepala perahu dan di hulu keris. Bagi masyarakat Cina, seni ukiran berbentuk naga akan diukir di tokong. Masyarakat Cina juga amat popular dengan seni kaligrafi. Bagi masyarakat India pula, satu hasil seni yang paling unik adalah seni menghasillkan ‘kolam’. Kolam ini dibuat daripada beras yang berwarna-warni. Kolam ini akan dihias di hadapan pintu masuk rumah sempena sambutan Deepavali. Di Sabah dan Sarawak, hasil ukiran daripada tanah liat adalah paling popular. Ukiran berbentuk bunga atau burung akan dihasilkan pada pasu bunga atau pada tempayan.
Hasil seni kraftangan masyarakat Malaysia perlu dikekalkan kerana keunikannya. Antara hasil kraftangan tersebut termasuklah tenunan, anyaman, barangan seramik dan lukisan batik. Anyaman biasanya dibuat daripada rotan, buluh, daun mengkuang dan daun nipah. Antara hasil anyaman termasuklah bakul, tikar, tudung saji dan sebagainya. Barang-barang seramik pula dibuat daripada tanah liat. Tanah liat ini akan dijadikan patung, pasu bunga atau tempayan .
Definisi Kraftangan
“Keluaran Kraftangan” ertinya apa-apa keluaran artistik yang mempunyai daya tarikan kebudayaan atau tradisional dan adalah hasil dari sesuatu proses yang bergantung semata-mata atau sebahagiannya kepada kemahiran tangan dan termasuklah apa-apa keluaran batik; dan “keluaran batik” ertinya apa-apa barang, walau bagaimanapun dihasilkan, yang mempunyai rekabentuk batik pada atau di mana-mana bahagiannya.
Kraf Tradisional
Kraft tradisional perlu dihidupkan dan diperkenalkan dan di hargai oleh generasi muda supaya ia tetap kekal dan tidak mati di telan zaman . Kraf tradisional seperti tenunan , anyaaman , barangan seramik gasing , batik , songket dan perhiasaan diri mempunyai nilai estetika dan keistimewaan sendiri .
- Alat Domestik
- Perhiasan Diri
- Batik
- Tenunan
- Ukiran Kayu
- Anyaman
- Tembikar
Kesimpulan
Kraf tradisional adalah merupakan
warisan bangsa, pusaka peninggalan nenek moyang kita satu masa dahulu. Hasil
ciptaan kraf tradisional, kaya dengan unsur-unsur budaya dan unsur-unsur
keislaman jelas tercermin melalui bentuk, gaya, sifat, garis, bentuk dan
warnanya
Keunikan
dan kehalusan hasilan karya seni ukiran Melayu membuktikan ketinggian nilai
estetiknya. Namun begitu faktor modenisasi, faktor cuaca dan faktor masa
menjadi ancaman terhadap penerusan hayat dan pelestariannya. Faktor-faktor
tersebut menjadi antara penyebab kepada semakin terhakisnya kepedulian, penghayatan
dan apresiasi terhadap keunikan karya kesenian tradisi ini.Namun begitu bagi
peminat-peminat seni kraf ia melambangkan satu kepuasan dan kemewahan jika
dapat memilikinya.Sesuatu yang eksklusif yang sukar untuk dirungkaikan.
Justeru
itulah sebagai rumpun Melayu kita perlu menjaga, memelihara dan menyayangi seni
Kraf Tradisional kita seperti seni ukiran, seni tenunan, anyaman, pembuatan
wau, gasing dan batik yang tidak ada di negara-negara lain. Kraf Tradisional
kita di sanjung dan di pandang tinggi di mata dunia setaraf dengan kraf-kraf
Negara Barat.Seharusnya kita patut menanamkan rasa cintakan seni tradisional di
kalangan generasi baru agar seni ini tidak terpupus.Bak kata pepatah, tak lapuk
dek hujan, tak lekang dek panas.
Playtech - New Zealand's #1 supplier of gaming equipment
ReplyDeletePlaytech, an innovator of software and herzamanindir services gri-go.com for online gaming and iGaming products, https://tricktactoe.com/ have 바카라 사이트 partnered with supplier Casino.